Gambaran keseluruhan Penyelidikan_asas

Penyelidikan asas memajukan pengetahuan asas mengenai dunia. Penyelidikan asas menumpukan kepada menyangkal (tidak menyokong) atau menyokong teori yang menjelaskan fenomena yang diperhatikan. Penyelidikan tulen merupakan sumber kepada kebanyakan idea ilmiah terbaru dan cara pemikiran ilmiah terbaru mengenai dunia. Penyelidikan barangkali bercirikan penjelajahan, keperihalan, atau penjelasan; namun begitu, penyelidikan penjelasanlah yang paling biasa.[5]

Penyelidikan asas menjana pembaharuan idea, prinsip, dan teori, yang tidaklah digunakan serta-merta tetapi membentuk asas kemajuan dan pembangunan dalam bidang berbeza. Komputer yang wujud pada hari ini, sebagai contoh, komputer tersebut tidak dapat wujud tanpa penyelidikan dalam matematik tulen yang dikendalikan sejak beberapa abad yang lalu, ketika tiada penerapan amali. Penyelidikan asas jarang sekali membantu pengamal secara langsung berkaitan kegelisahan harian mereka; namun begitu, penyelidikan asas merangsang cara pemikiran baru yang mempunyai kemampuan untuk mengubah secara menyeluruh dan mendadak serta menimbulkan kegemparan supaya memperbaiki cara pengamal menghadapi masalah pada masa depan.[5]

Di Amerika Syarikat, penyelidikan asas mendapat pembiayaan sebahagian besarnya daripada kerajaan persekutuan dan disempurnakan sebahagian besarnya di universiti dan institut.[6] Apabila pembiayaan kerajaan semakin berkurangan pada tahun 2010-an, pembiayaan persendirian semakin penting.[7]

Rujukan

WikiPedia: Penyelidikan_asas http://blog.wired.com/gadgets/2008/08/bell-labs-ki... http://plato.stanford.edu/archives/spr2011/entries... http://www.nigms.nih.gov/Education/factsheet_Curio... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1266186 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1299311 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1383755 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1513293 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1863593 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC19640 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2560978